Thursday 5 June 2014

TUGASAN - Reflection of Media Design Critique

Tugasan pertama ini saya bersama Azizah dan Rafidah telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yassin yang terletak di Johor Bahru. Ini adalah laman sesawang asal sekolah :

Tujuan kami memilih laman web ini sebagai kajian adalah kerana laman web tersebut mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut :

i.              Tema / Konsep
Konsep yang digunakan untuk halaman utaman adalah tidak jelas. Konsep yang digunakan terlalu santai tidak bersesuaian dengan laman sesawang sekolah ini sebagai laman pendidikan.

ii.             Typography
Kombinasi teks dan latar belakang yang membuat tulisan tidak menarik untuk dibaca. Font yang digunakan juga tidak menentu ada yang menggunakan 10, 11, 11.5 dan 13.5. Penyelarasan teks juga tidak stabil.

iii.            Penggunaan Warna
Warna yang digunakan agak kelam, menjadikan laman sesawang SDARY tidak begitu menarik. Warna yang digunakan diambil dari logo, itu adalah satu langkag yang baik, namun, warna yang digabungkan perlulah menarik. Jika dilihat pada Gambar 1, warna yang digunakan terlalu kelam dan akan membuatkan pembaca mudah bosan dan hilang focus.

iv.           Layout setting
Layout yang digunakan agak tidak stabil. Jika dilihat pada Gambar 1 layout yang digunakan agak ketinggalan zaman jika digunakan pada masa sekarang. Panel layout yang digunakan juga terlalu banyak dan boleh membuat pembaca serabut. Kelemahan laman web ini juga frame halaman perlu diskrol jauh ke bawah.

v.            Navigasi

Menu navigasi yang tidak jelas dan terlalu kompleks. Navigasi yang tidak konsisten akan menyebabkan pengguna keliru.

Setelah beberapa peringkat menganalisis, kami telah mereka bentuk sebuah laman sesawang yang agak menarik berbanding laman asal.

Terdapat beberapa cadangan untuk menghasilkan rekabentuk laman web yang menarik dan efektif :

1.      Merekabentuk laman web yang simple dan mudah.  Ini kerana tujuan utama terbinanya laman sesawang ini adalah untuk menyampaikan info ringkas daripada pihak sekolah kepada pembaca. Kami berusaha mengunakan teks dan menggunakan imej yang tidak terlalu banyak bagi mengelakkan pembaca hilang focus.

2.     Kami memastikan dalam setiap rekabentuk yang kami fikirkan dalam penggunaan warna, gambar, icon dan lain-lain tidak akan memesongkan objektif kami.

3.    Kami berusaha untuk menyediakan link/menu pada kedudukan yang tetap (konsisten) supaya laman sesawang menjadi lebih professional.

4.   Gambar yang kami gunakan juga dikurangkan dengan tujuan supaya tidak terlalu berat dan lambat loading. Gambar memainkan peranan penting dalam pembentukan laman sesawang namum kami berusaha meletakkan gambar yang berkaitan sahaja.

5.     Kami sangat-sangat memberi penekanan dalam navigasi. Navigasi ialah perjalanan laman sesawang dari satu halaman ke satu halaman berdasarkan link yang telah buat. Kebanyakkan navigasi yang dibuat terlalu banyak link menjadikan pembaca menjadi tidakpasti dimana button sebenar yang perlu ditekan. Kami memastikan link/menu dibuat dengan jelas dan mudah untuk dilihat oleh pembaca. Warna navigasi juga perlulah warna yang sesuai supaya ianya dapat dibezakan dan kelihatan jelas.

6.      Kami menggunakan font Verdana, Arial, Bernard MT Con (Sans Serif) sebagai Font di dalam website kami. Kami mengelakkan penggunaan font yang tidak standard bagi mengelakkan 2 perkara ini :
a.       Menyusahkan pengunjung membaca. (Font Script)
b.      Mungkin ada pengunjung yang tidak dapat melihat dan membaca kerana font tersebut tiada di dalam komputer mereka.

REFLEKSI

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu berbincang, bermula dari pemilihan laman sesawang, mengkritik dan membuat penambahbaikan ada beberapa perkara yang dapat saya pelajari antaranya :
  1. Untuk membina laman sesawang, kita haruslah tahu pronsip-prinsip rekabentuk yang bersesuaian dengan objektif laman sesawang yang ingin dibina.
  2. Pilihan warna amat memainkan peranan yang penting kerana ada juga dikalangan pembaca mempunyai penyakit rabun warna.
  3. Apabila kerja mengkritik dilakukan secara berkumpulan, secara ikhlasnya banyak pencagahan pendapat, namun, disebabkan pencanggahan itulah dapat memupuk semangat kerjasama dan cara berkomunikasi yang baik dan akhirnya kami dapat melaksanakan tugasan dengan baik. 

Tuesday 20 May 2014

MINGGU KELAPAN

Cuti Pertengahan Semester.

MINGGU KESEMBILAN

Minggu kuliah diteruskan setelah bercuti selama seminggu dan akan diajar oleh Dr Shafie. Dr telah memulakan kelas dengan perbentangan kumpulan dan antara tajuk yang perlu dipilih ialah :
  1. Digital Animation
  2. 2D & 3D Animation
  3. Cutout
  4. Drawing
  5. Stop Motion
  6. Virtual Reality, Special Effect
  7. Augmented Reality
Kumpulan saya memilih tajuk Augmented Reality.

Digital Animation
Animasi :  Animasi adalah paparan imej yang mewujudkan ilusi pergerakan seolah-olah imej yang ditunjukkan seperti bernyawa.

2D & 3D Animation

Animasi 2D
 
Animasi 2D adalah kaedah animasi tradisional yang telah wujud sejak tahun 1800-an 
satu lukisan diikuti dengan dalam gerakan yang sedikit berbeza, diikuti oleh satu lagi dalam gerakan yang sedikit berbeza menggunakan 24 frames sesaat

Berbeza dengan zaman sekarang, ianya biasanya menggunakan Flash. 

Animasi 3D 

Animasi 3D pula adalah imej yang dapat dilihat pada 360darjah keseluruhannya samada atas, bawah tepi kiri dan kanan. Ianya digunakan secara meluas pada masa kini seperti yang digunakan dalam cerita Upin dan Ipin.

Cutout Animation

Merupakan teknik menghasilkan animasi darpda potongan kad, kertas atau gambar. Namun, penggunaan Cutout pada masa kini dapat dihasilkan menggunakan komputer dengan mengimbas potongan imej bagi memudahkan jalan cerita.

Drawing Animation

Teknik animasi secara lukisan adalah sama dengan 2D yang kita lukis.

Stop Motion

Dalam teknik ini, animasi yang dihasilkan seolah-olah bergerak dengan sendiri. \

Virtual Reality, special effect

Teknik yang menggunakankan imej 3D untuk membuat animasi simulasi.

Augmented Reality

Menggunakan 3D model seperti dalam dunia sebenar dan dijalan secara real time. 






Wednesday 2 April 2014

MINGGU KETUJUH

GRAFIK
Grafik juga dikenali sebagai imej yag menggambarkan sesebuah maklumat yang boleh di paparkan di skrin computer ataupun boleh dicetak.

Grafik boleh juga dalam bentuk:
  • Carta
  • Lukisan
  • Gambar
  • Logo
  • Butang navigasi
  • Rajah

Grafik merupakan persembahan visual dan ia membantu kita dalam menyampaikan sesuatu idea atau maklumat yang sukar untuk disampaikan melalui teks atau tulisan.
Membantu mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan serta menjadikan lebih menarik.
Penggunaan grafik dalam internet misalnya pada halaman Web mampu menceriakan lagi pencarian maklumat oleh pengguna.
Grafik juga dapat mengungkap emosi dan perasaan melalui imej yang disampaikan.

Kelebihan
  • Menyampaikan banyak maklumat dengan pantas
  • Boleh berkomunikasi merentasi sempadan bahasa


Kekurangan

Tidak dapat memberi penjelasan yang terlalu mendalam
  • Grafik jarang dapat menyampaikan keseluruhan meseg di dalam perniagaan, teknikal dan tetapan keselamatan

Boleh disalahtafsir
  • Grafik mestilah digunakan berhati-hati supaya meseg yang disampaikan adalah jelas.

ANALOG VS DIGITAL

Kebanyakkan grafik semulajadi berbentuk analog. Namun, sekiranya ingin digunakan menggunakan di computer, ianya harus ditukar kepada digital.

Grafik digital adalah gambar yang boleh disimpan, dipaparkan dan di proses menggunakan computer. Apabila gambar disimpan dalam bentuk digital, ianya agak mudah untuk diubahsuai dengan mengubah 1 atau lebih piksel.

GRAFIK DALAM MULTIMEDIA ATAU APLIKASI WEB

Grafik merupakan elemen yang ada di dalam multimedia dan aplikasi web.
Grafik memainkan peranan penting dalam multimedia dan  aplikasi web
  • Navigasi
  • Komponen interface
  • Background
  • Help systems
  • Clip art

Imej grafik - digunakan untuk menambah penekanan, memberi perhatian secara langsung, menggambarkan konsep, dan memberikan kandungan latar belakang .

JENIS-JENIS IMEJ
  • Bitmap or raster 
  • vector

BITMAP
  • gambar sebenar (foto realistik)
  • dipengaruhi oleh piksel
VECTOR
  • lukisan
  • dipengaruhi oleh line, curves dan fills


Wednesday 26 March 2014

MINGGU KEENAM

Alhamdulillah, pada minggu ke enam ini kali telah memulakan kelas dengan pembentangan dari beberapa orang sahabat mengenai prinsip-prinsip rekabentuk. Ramai yang memberikan pandangan yang berbeza namun ianya bukanlah satu kesalahan seperti dinyatakan oleh pensyarah kami. Antara prinsip yang telah diperkenalkan adalah white space, emphasis, balance dan ryhthm or harmoni.

Setelah tamat pembentangan kuliah diteruskan dengan :
1) Typography. Basic concept and Principles
2) Working with Text
3) Typography in Media Design.

Basic Typography

Typeface : (abjad, nombor & aksara khas) saiz, banyak jenis, dan gaya.

Font adalah koleksi aksara saiz dan gaya yang dimiliki oleh typeface yang tertentu.

Gaya font biasa adalah huruf tebal dan italic. Antara gaya lain sifat, seperti garis bawah,
menggariskan, dan strikeout aksara, mungkin ditambah dalam perisian komputer.

Arial, Courier, and Times New Roman: Typefaces

Arial12-point italic: Font

Pada akhir kuliah kami diberikan tugasan untuk dibentangkan selepas cuti semester break. Tugasan itu akan saya terangkan pada post saya yang akan datang. Terima kasih.

Friday 21 March 2014

Tugasan Minggu Kelima

Prinsip Dalam Rekabentuk


Irama dan Pergerakan
  • Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dan lain-lain.
  •  Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan.
  • Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan lain-lain.


 
ulangan objek yang menimbulkan pergerakan

arca pergerakan/irama
Penegasan
Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan
penekanan pada cahaya dan bayang menimbulkan penegasan

penegasan pada objek yang berbeza warna

objek bangunan di tengah menimbulkan penegasan


Banyak yang boleh dibuat dalam bab prinsip rekaan, selain daripada membuat satu persatu, kita juga boleh menggabungkan beberapa prinsip dalam satu hasil karya. Antaranya dengan penghasilan karya melalui aktiviti melukis, mencatan, reka corak, reka bentuk grafik seperti poster, logo, risalah, barang kraf dan banyak lagi.

Sebagai contoh, bagi prinsip harmoni dan kontra boleh buat corak berulang. secara tak langsung kita dapat menggabungkan pengetahuan pelajar dalam struktur rekaan, prinsip dan juga unsur seni sekali. Yang penting, kita hendaklah memastikan kita faham dengan setiap unsur, prinsip yang digunakan kerana dalam satu karya seni, kita perlu menggabungkan prinsip dan unsur seni bagi mendapat kesan yang terbaik.

MINGGU KELIMA

Alhamdulillah kami telah menjejaki minggu ke lima. pada minggu ini kami telah diberikan pendedahan tentang rekabentuk antaramuka pengguna atau lebih kita fahami sebagai " user interface design".

Sebelum Prof. Jamal meneruskan kuliah kami telah diberikan beberapa gambar untuk kami kritik bersama dan menerang apa yang kami nampak pada gambar tersebut. Kesimpulan daripada gambar tersebut maka dapatlah dirumuskan seperti gambar di bawah.


Jika dilihat pada gambar ini, cara pembacaan direka seperti huruf F. Titik berfokus di atas terlebuh dahulu dan baru dibaca ke bawah.


Gambar di atas menunjukkan cara pembacaan dari atas ke bawah dan berfokus pada tulisan dan gambar dibawah. 


Gambar ini pula menunjukan cara pembacaan Z, cara ini dikatakan rekabentuk yang paling kerap digunakan.

PRINSIP-PRINSIP REKABENTUK

Prinsip-prinsip reka bentuk adalah terpakai kepada semua disiplin reka bentuk termasuklah seni bina, seni, 
grafik, aplikasi multimedia, reka bentuk web, fesyen, reka bentuk perindustrian dan penulisan.

Setiap prinsip terpakai kepada setiap elemen dan gabungan keseluruhan. 

Antara prinsip yang dibincangkan adalah  ialah: 
  • Kontras 
  • Perpaduan 
  • Konsisten
Seterusnya kami diminta untuk memilih 2 prinsip dalam rekabentuk dan menghuraikannya dalam blog kami.